Sabtu, 7 November 2015

Friedrich Froebel

1.0           Pengenalan
Pada peringkat berapa tahun umur kanak-kanak itu dikategorikan? Menurut web ensiklopedia Wikipedia, kanak-kanak atau budak (children) ialah manusia kecil yang kebiasaannya berada dalam lingkungan bayi hingga mencapai akil baligh iaitu di antara 0 hingga 10 tahun bagi kanak-kanak perempuan dan 12 tahun bagi kanak-kanak lelaki. Dalam sumber ini lagi menjelaskan melalui Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai hak asasi kanak-kanak, definisi kanak-kanak ialah manusia yang berumur di bawah 18 tahun. Daripada pendefinisian yang diberikan itu jelaslah bahawa kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak atau anak kecil yang dimaksudkan sebagai manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai baligh serta belum tahu untuk membuat keputusan dengan betul.

Menurut laman web http://el-children.blogspot.com perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi sebelum menjadi orang dewasa. Kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu kanak-kanak awal serta kanak-kanak pertengahan dan akhir. Kanak-kanak awal dari usia bayi sehingga umur 6 tahun sementara kanak-kanak pertengahan dan akhir di antara lingkungan umur 7 tahun sehingga 12 tahun. Kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah kanak-kanak mula ingin mengetahui sesuatu yang mereka lihat dan perhatikan .

Perkembangan dan pertumbuhan manusia adalah bermula dari peringkat bayi sehingga kematian. Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat berbeza apabila mereka telah mencapai peringkat dewasa. Manusia telah dikaji sejak bayi lagi iaitu ketika di dalam kandungan. Kita dapat lihat pergerakan manusia bermula dari rahim ibu yang kemudiannya dilahirkan menjadi bayi dan kemudiannya membesar menjadi kanak-kanak. Apabila mengalami proses kematangan, mereka akan memasuki alam remaja yang banyak menimbulkan perbezaan dari aspek mental dan fizikal dan seterusnya menjadi seorang yang lebih dewasa. Peringkat terakhir dalam kitaran hidup manusia ialah kematian yang sememangnya tidak dapat dielakkan oleh semua orang di muka bumi ini.

2.0           Latar Belakang

     Rajah satu ialah Froebel yang dilahirkan pada 21 April 1782 di Oberweibach, Thuringen (Thuringia). Beliau meninggal dunia pada tanggal 21 Jun 1852 di Marienthal, Thuringia. Beliau merupakan anak bongsu dari lima orang adik beradik. Ibunya meninggal sewaktu dia berumur 9 bulan. Ia juga mengabdikan kehidupannya mula mengembangkan satu sistem mendidik anak. Froebel adalah seorang pendagogi (pendidik) dan sumber lainnya menyatakan bahawa Bapa Froebel ini adalah seorang ilmuwan, seseorang yang sangat spiritual, naturalist (pencinta alam), bahkan seorang pekebun kerana beliau mencintai kebun dengan segala isinya. Froebel dianggap sebagai bapa dari pendidikan anak usia bayi. Selain itu, beliau dikenali kerana mencipta “garden of children” atau “kindegarden” (taman kanak-kanak) yang bererti kebun milik anak di Blankenburg, Jerman. Beliau juga di bagi gelar bapa “kindegarden” kerana , beliau banyak melalukan  dan membuat kajian tentang kanak-kanak.
     Sekolah yang dirancang oleh Froebel ini berbeza dari sekolah yang ada sebelumnya. Model rancangan ini di kemudian hari mempengaruhi rancangan sekolah di seluruh dunia. Menurut Froebel, anak-anak harus dibiarkan menciptakan kegiatan mereka sendiri dan peranan guru adalah untuk mengembangkan kreativiti mereka.
Froebel mendirikan “kindergarten” pertama pada tahun 1837, dengan rancangan kurikulum yang telah berstruktur untuk anak dalam mencapai pemahaman tentang persekitarannya. Beliau juga berpendapat bahawa semua yang terdapat di alam ini berfungsi kerana Tuhan dan setiap orang mempunyai tujuan tertentu untuk dipenuhi dalam kehidupan ini. Menurut beliau “kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak.Oleh itu, kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui bermain.
3.0           PRINSIP-PRINSIP PENDEKATAN
Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu matapelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Ia bertujuan untuk memudah kan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan ada nya pendekatan , guru dapat membuat tanggapan asas yang akan di jadikan prinsip. Kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhan nya terlebih dahulu dan kemudian dikajibahagian-bahagiannya.

Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsure aksiomatik. Melalui pendapat ini dapat lah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model ,prinsip atau teori pembelajaran . Contohnya; hakikat pendidikan dan metode pendidikan. 
3.1 HAKIKAT PENDIDIKAN
Friendrich froebel telah memperkenalkan 2 prinsipnya iaitu hakikat pendidikan dan metode pendidikan.
Menurut Froebel, maksud pendidikan ialah apa yang memimpin atau menuntut  manusia kepada kepandaian berfikir (segi kognitif dari manusia) dan apa yang mengahantar manusia pada kesedaran diri yang lebih mendalam menuju sesuatu yang murni , tak bercela (segi afeksi dari manusia) .
Dalam sehubungan dengan itu,  Froebel menyediakan empat prinsip berdasarkan yang perlu diperhatikan dalam pendidikan. Pertama, bahawa perkembangan alamiah menyatakan dirinya dalam perkembangan individu dan harus ditunjukkan dalam pengajaran tentang ilmu pengetahuan, kemanusiaan dan agama. Kedua, pendidikan harus diatur demi keharmonian perkembangan alam yang natural dari kanak–kanak. Ketiga,  pendidik  harus membuka dan memgembangkan  keseluruhan peribadi manusia, agama seharusnya mengajarkan  dalam rangka mengolah emosi, alam pula dipelajari sebagai pengwahyuan dari Allah dan Matematikseharusnya diadaptasikan  sebagai simbol universal. Bahasa juga dapat  menghubungankan manusia antara satu sama lain. Benda-benda ini harus menjadi sebagian dari pendidikan. Keempat, seni harus diajar kerana ia nya bakat umum manusia dan dapat menghadirkan keharmonian dalam diri manusia.
3.2 METODE PENDIDIKAN
    Froebel menyusun metode pendidikan yang sesuai dengan  konteks perkembangan individu. Dalam tahap permulaan beliau menganjurkan agar penggunaan metode yang yang cepat, spontan dalam diri individu. Sedangkan pada tahap akhir dapat digunakan motode yang mengawasi dan mengarahkan perkembangan individu. Dengan demikian dalam dunia kanak-kanak metode harus disesuaikan dengan sifat atau dunia mereka. Dimana seseorang individu dibiarkan untuk menunjukkan, yang ada dalam diri dengan bebas. Menurut Froebel permainan merupakan metode yang paling sesuai dan penting bagi eksperimen ini.
          Dalam pendidikan ini, Froebel menyusun dan mengembangkan kurikulumpendidikan yang teratur dan sistematik. Bagi beliau dasar kurikulum tersebut adalah gift dan occupation: pemberian yang menyediakan permainan-permainan dan usaha,kerja yang boleh dibuat dengan permainan yang ada.
Giftsadalah objek yang dapat dipengang dan digunakan untuk anak sesuai dengan interaksi daripada guru dan dengan demikian anak dapat belajar tentang bentuk, ukuran, bentuk, ukuran warna serta konsep yang diperolah melalui mengira, mengukur, membezakan dan membandingkan. Gifts pertama adalah enam buah bola dari golongan benang berbeza warnanya, dan enam helai benang yang panjang yang warnanya sama dengan warna bola yang ada.
Sedangkan Occupation adalah material yang dirancang untuk mengembangkan berbagai versi ketrampilan, yang utama adalah psikomoto,melalui aktiviti menjahit dengan papan jahitan, membuat bentuk dengan mengikut titik, membentuk lilin, menggunting bentuk, gambar, menempel dan melipat kertas. Atas cara ini Frobel yakin bahawa bermain merupakan cara belajar yang penting bagi anak-anak.

4.0CIRI-CIRI PENDEKATAN
Friedrich Wilhelm Froebel juga ada menyediakan satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar melalui bermain.Beliau percaya bermain adalah asas utuk kanak-kank mempelajari sesuatu. Froebel juga yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir dan mampu memberi keseronokan, kebebasan, kebuasan, kerehatan dalam dan luaran serta kedamain di dalam dunia kanak-kanak. Beliau percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi dipengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Oleh itu, alat-alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.
Froebel amat menekankan bahawa belajar melalui bermain itu adalah penting bagi kanak- kanak. Berdasarkan pengalamannya sendiri, Froebel menyatakan bermain harus dipandang sebagai suatumetode dari pendidikan dan merupakan cara bagi kanak- kanak untuk meniru kehidupan orang dewasa. Dengan demikian, kegiatan bermain yang tidak berstruktur adalah sangat berbahaya iaitu tanpa bimbingan dan pengarahan serta perencanaan lingkungan yang baik, akan mengakibatkan cara belajar kanak- kanak menjadi yang salah. Bagi Froebel, guru bertanggungjawab dalam membimbing dan mengarahkan, dengan demikian anak akan menjadi lebih kreatif. Secara tidak langsung akan mengembangkan kurikulum pendidikan pra-sekolah yang lebih terancang dan sistematik.
4.1 Perkembangan sosial dan Emosi
Froebel berpendapat perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan harus dipelajari sejak daripada kecil lagi. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka.
Philip (1991) dalam Vijayen Gopal (2003), turut mempunyai pandangan yang menyokong pendapat Froebel mengenai perkembangan   sosial dan emosi kanak- kanak, iaitu menurut Philip, kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker (1996) dalam Vijayen Gopal (2003), pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial ataupun kerja. Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di peringkat prasekolah, Contohnya, aktiviti bermain yang dijalankan semasa berada di sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi.
Bandura (1976) dalam Indah (2009) pula menyatakan pendapatnyaMontessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekapdan bagi pendapat Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan telah menasihatkan ibubapa dan golongan pendidik.Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan.Froebel tentang kepentingan sosial emosi kanak- kanak ini. Beliau menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya dan cuba untuk melakukan gerak balas yang belum pernah mereka cuba. Selain daripada itu, cara kanak-kanak menyatakan emosinya juga bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.
4.2      Aspek perkembangan fizikal
Bagi aspek perkembangan fizikal pula,Froebel menyatakan permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor harus. Perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus, perkembangan psiko motor kasar, kesihatan dan keselamatan. Kenyataan Froebel in adalah selaras dengan pendapat Schmidt (1982) dalam Ernie Suliana (2008), yang menyatakan psikomotor merupakan satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menyatakan psikomotor merupakan satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau pergerakan yang kekal,iaitu pembelajaran yang menjana perubahan tindakan atau pergerakan yang kekal iaitu pembelajaran yang menjana perubahan tindakan atau pergerakan yang kekal, iaitu pembelajaran yang telah berlaku berdasarkan maklum balas mengikut prestasi dan pengetahuan “knowledge ofperformance” dan pengetahuan keputusan “knowledge of results”. Aspek perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan melalui empat aspek yang telah di nyatakan.

4.3     Aspek perkembangan psikomotor kasar
Kanak-kanak diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif, pantas dan mencabar. Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melincinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf. Misalnya aktiviti bermain di padang permainan seperti emanjat dan menuruni gelongsor, bergayut pada “monkey bar”, buaian dan lain-lain yang dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak.

4.4 ASPEK PERKEMBANGAN MOTOR HALUS
Kemahiran otor halus pula ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psiko motor halus yang baik adalah amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak. Antara aktiviti dalam bentuk permainan yang boleh dijalankan bagi membantu perkembangan fizikal dalam aspek kini ialah seperti merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.


4.0            MATLAMAT PENDEKATAN

Froebel mengatakan bahawa semasa kanak-kanak berumur 3 tahun, untuk tahap ini merupakan masa permulaan pendidikan kerana pada tahap ini anak sudah mula belajar mengungkapkan kata dan benda. Namun demikian, kata pertama yang diucapkan anak tersebut biasanya sedikit salah dan merupakan kewajiban orang tua atau orang yang berdekatan dengan nya untuk memperbaiki perkataan tersebut dengan ayat yang betul. Selain mengungkapkan dengan kata-kata, Froebel juga menekankan mengenai bermain dan menarik hubungan antara bermain dengan pengalaman pendidikan. Menurut Froebel, bermain merupakan proses dimana perkembang otak dan saraf  sedang terjadi. Oleh kerana itu, masa ketawa anak tidak boleh dihalang kerana apabila kegiatan seorang anak dihalang maka petumbuhan dan fungi otak dan saraf susah untuk berfungsi dengan baik.Kanak-kanak ini akan mula mencari perbuatan lain untuk mencari sesuatu pengalaman yang baru.


6.0 TUJUAN PEMBELAJARAN PENDEKATAN
Tujuan pendidikan menurut Froebel adalah perkembangan menyeluruh dari individu: semua daya individu, dan harmoni internal individu, sebagaimana relasi harmoni dengan alam, masyarakat dan Tuhan. Namun menurut Froebel tujuan ini tidak dapat dibebankan kepada anak; sebab dia harus mengusahkannya bagi dirinya sendiri melalui aktiviti yang mencabar dari kekuatan-kekuatan yang masih tersebunyi. Mereka yang telah mencapai tujuan tersebut akan mampu menunjukan satu watak  yang berbeza dan  yang  menarik  dalam setiap situasi dan kebiasaan intelektual yang kemungkinannya  untuk mendapatkan pengetahuan ketika perlu.
Pendidikan seperti yang dimaksudkan oleh Froebel ini adalah untuk mengembangkan  fikiran kanak-kanak tanpa pemaksaan melainkan kanak-kanak dibantu untuk membantu mengebangkan bakat sendiri yang tersembunyi dalam dirinya lewat pengawasan yang ada. Dengan demikian anak-anak diberikan kebebasan untuk mengekspresikan diri lewat metode yang ada untuk membentuk diri yang memungkinkan dia tetap dalam karakternya ketika berhadapan dengan berbagai situasi yang ada di lingkungannya, sekaligus juga terbuka kepada  pengetahuan yang baru.

7.0 PERBANDINGAN MODAL PENDEKATAN
FROEBEL
MARIA
·         Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar.
·         Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak.
·         Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.
·         Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.
·         Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi.

·         Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.
·         Konsep kebebasan
·          Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar
·          Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh
·          Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.
·          Pentingnya disiplin diri
·          Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak
·         Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri.
·          Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.

8.0 KEJAYAAN PROGRAM
Dengan adanya idea Friedrich Froebel kita dapat mengikut pengajaran beliau.Beliau juga mengajar kita memahami fikiran kanak-kanak.Selain itu,kita juga dapat mengetahui prestasi kanak-kanak dengan betul.Idea beliau juga dapat digunakan bukan saja untuk kanak-kanak tetapi kita juga boleh mengunakan idea beliau untuk individu yang lain. Pesan orang tua yang berbunyi “Mengaji dari alif, membilang dari esa , hujan berpokok, dan kata berpangkal” jelas menunjukkan bahawa segala-galanya perlu melalui suatu proses dan sistem yang betul sistem yang betul untuk meraihkan kejayaan kerana yang “bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang” .
Sejarah telah menjadi sumber rujukan yang paling penting pada kita akan kejayaan tokoh-tokoh yang terkemuka kejayan yang telah dikecapi oleh beliau adalah dengan berkat disiplin yang tinggi. Sama ada dalam bidang keilmuan atau kejayaan semuanya memerlukan disiplin. Benar-benar mendidik kita untuk mendisiplinkan diri. Tanpa disiplin tiada sekelumit untuk kejayaan yang bakal diraih. Jikalau inginkan kejayaan, berpegang lah kepada falsafah, ‘Disiplin Teras Kejayaan’.
9.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya,jelaslah terdapat banyak prinsip, idea, ciri-ciri dan banyak lagi yang kita dapat tentang beliau. Sesuatu perkara yang positif itu perlulah kita amalkan manakala sesuatu perkara yang negatif itu perlulah kita hindari. Oleh itu, semua pihak mestilah berkerjasama dan berganding bahu bak kata peribahasa sebagai aur dengan tebing untuk menjadikan hal ini lebih baik pada masa hadapan.Selain itu, usaha yang berterusan ini juga akan menjadikan negara kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi,setanding dengan negara-negara dunia yang lain dalam pelbagai lapangan bidang.
Dari segi perbezaan pembelajaran daripada tokoh-tokoh yang lain. Dengan ini banyak perkara yang kita boleh gabungan dan menjadikan ia satu perkara yang sama.


10. RUJUKAN
1
3.      Ahmad (2010) Dapat daripada http://sblm1053-hong.blogspot.com
4.      Atan (2009). Dapat daripada http://www.scribd.com
5.       Zul (2010). Dapat daripada http://zulprasekolah.blogspot.com