Sabtu, 9 April 2016

pengurusan dan pentadbiran taska dan tadika


DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
(DPK 1023)

TUGASAN INDIVIDU

NURULIRDINA BINTI HALIKULANUAR           BI0000600


HANTAR KEPADA:

NAMA PENSHARAH: RAIHANAH BINTI ROSNAN
NO.
TAJUK
MUKA SURAT
1.0
Pengenalan
1
2.0
Masalah dalam pengurusan Taska dan tadika.
2.1 Masalah mencari pekerja.
2.2 Masalah tidak cukup kewangan.
2.3 Masalah peralaan mengajar tidak mencukupi.
2.4 Masalah makanan tidak seimbang.
2.5 Masalah bilangan murid terlalu ramai.
2.6 tahap keselamatan kurang memuaskan
2.7 Masalah yuran terlalu mahal.

2-9
3.0
Kesimpulan
10
4.0
Rujukan
11






1.0   Penggenalan

             Sebelum meninjau dengan lebih mendalam tentang konsep pengurusan secara menyeluruh, seseorang itu haruslah memahami dengan lebih jelas tentang organisasi dan ciri-cirinya. Kefahaman yang mendalam tentang konsep organisasi itu penting kerana pengurusan dan organisasi merupakan satu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Wujudnya sesebuah organisasi itu sama ada organisasi kecil atau besar, swasta atau awam memerlukan pengurusan atau pengendalian aktiviti-aktiviti organisasi.

             Apabila organisasi telah diwujudkan, masalah yang akan timbul ialah bagaimana organisasi itu harus diuruskan dengan sempurna, berkesan dan mencapai matlamat yang dirancangkan. Tanpa pengurusan yang betul, pelbagai masalah mungkin akan timbul, baik dari segi kewangan, pemprosesan, dan inventori hinggalah kepada masalah peribadi di kalangan para pekerja.

            Kita pernah mendengar dari media massa tentang beberapa organisasi perniagaan khususnya, yang telah gagal bukan semata-mata kerana masalah persaingan tetapi juga disebabkan oleh pergolakan di dalam organisasi itu sendiri seperti tidak ada persefahaman antara pihak atasan dengan peringkat bawahan, perancangan dan ramalan yang tidak tepat, pembaziran sumber atau penyusunan struktur yang mengelirukan.

            Selain itu, pengurusan adalah proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. Hal ini juga, untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya untuk sesuatu organisasi.
2.0                        Masalah dalam pegurusan Taska dan Tadika.

2.1  Masalah mencari perkerja
          Dalam organisasi memerlukan pekerja yang bertanggungjawap dan berdisplin. Masalah tidak cukup pekerja ini selalu nya berlaku di taska dan tadika yang tidak ada pengurusan yang baik. Pekerja ini amat diperlukan kerana mereka yang akan menjalankan sesebuah organisasi berjalan dengan lancar. Masalah ini perlu di segerakan agar tidak ada pihak lain yang masuk campur.
         Ciri-ciri pekerja yang perlu ada :-
1.      Punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain.
2.      Pengasuh mengamalkan cara hidup islam
3.      Pengasuh mengetahui tentang penjagaan bayi dan kanak-kanak.
4.      Anak anda selesa dan suka kepada pekerja dan pengasuh.
5.      Pengasuh akan membantu anda menyelesaikan sebarang masalah dan memberikan penjagaan yang sewajarnya kepada kanak-kanak.
6.      Pengasuh menghormati masa dengan kanak-kanak.
7.      Pengasuh akan sentiasa berkomunikasi dan berhubung dengan ibu bapa.
8.      Keselamatan di jaga dengan baik.

         Cara untuk menyelesaikan masalah untuk mencari pekerja ialah dengan menggeluarkan didalam surat khabar  dan menggunakan teknoklogi sekarang seperti “facebook”,”google” dan sebagai nya. Selain itu, anda boleh meletakan risalah di kedai kedai makan ataupun tampal di perumahan contohnya rumah flat dan perhentian bas. Risalah itu lebih sesuai di tampal di tempat yang ramai orang agar mereka boleh baca. Di dalam risalah itu perlu ada nama tadika, nombor telifon, alamat Tadika, apa jawatan kosong yang di perlukan, bagi info yang lengkap dan tarikan supaya orang yang bekerjaa itu yakin untuk berkerja di Tadika kita. Seterusnya, kita juga boleh menyiarkan di corong-corong radio dan television.


2.2  Masalah tidak cukup kewangan

            Kewangan adalah satu bahan pengantaraan dan ditukar ketika membeli sumber yang diperlukan untuk membangun pusat pendidikan awal kanak-kanak. Untuk menukarkan idea menjadi tidakan yang akhir yang terbina pusat pendidikan awal kanak-kanak, beberapa jenis sumber perlu digabungkan dengan betul. Sumber adalah pasif sehingga idea manusia dan tenaga manusia menggerakkannya dan digunakan untuk mencapai matlamat mereka.
            Sumber kewangan ini boleh diperoleh menerusi pertama yuran yang mendaftar biasanya dikenakan yuran. Setiap taska dan tadika akan mengenakan yuran yang berbeza mengikut kesesuaian program dan kedududkan geografinya. Jika program yang ditawarkan mempunyai kualiti yang tinggi pihak taska dan tadika akan mengenakan yuran yang mahal. Kedudukan geografi dan lokasi taska dan tadika juga menentukan yuran yang dikenakan.
            Kedua dana kewangan merupakan peruntukan yang disediakan secara tetap dan berterusan daripada agensi kerajaan atau swasta. Agensi kerajaan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia yang menganjurkan tadika di sekolah rendah. Manakala agensi swasta merupakan syarikat gergasi seperti institusi kewangan yang menyediakan taska untuk kakitangannya. Terdapat juga syarikat-syarikat swasta yang lain menyediakan peruntukan membuka taska untuk keperluan pekerjanya.
            Ketiga ialah sumbangan kewangan merupakan salah satu sumber kewangan untuk Taska dan Tadika. Dermawan daripada syarikat, pertubuhan dan individu boleh membantu sumber kewangan Taska dan Tadika. Biasanya pengurusan Taska dan Tadika menjalankan aktiviti amal untuk mendapatkan sumbangan kewangan.
             Selain itu,terdapat empat kategori sumber yang perlu untuk membina sebuah pusat pendidikan kanak-kanak, berdasarkan formula MESH :
a.       M (material) = untuk bahan yang digunakan di pusat tersebut.
b.      E (equipment) = untuk peratan termasuklah alat mainan, dapur, pejabat, pengangkutan dan hiasan.
c.       S (space) = untuk tempat (ruang) termasuklah bangunan, taman permainan dan susunan hiasan. Termasuk juga insuran.
d.      H (human) = untuk tenaga manusia termasuklah pengetahuan, kemahiran dan kebolehan semua untuk membentuk dan menyampaikan perkhimatan.
                Pengendalian pusat pendidikan awal kanak-kanak memerlukan pengagihan kewangan yang bijaksana. Kealpaan dalam pengagihan dan mengurus kewangan yang ada akan mendatangkan masalah dan menjejaskan palaksanaan pembelajaran di pusat pendidikn ini. Oleh itu pengurusan kewangan yang baik teratur hendaklah dirancang dan sentiasa dikemas kini.
              
2.3  Masalah peralatan mengajar tidak mencukupi

               Masalah ini berlaku kerana taska dan tadika tidak mempunyai kewangan yang banyak dan bersistem. Oleh kerana itu, peralatan mengajar tidak mencukupi seperti bahan bantu mengajar, papan putih, buku latihan dan sebagai nya. Peralatan ini amat penting di Taska dan Tadika kerana kanak-kanak lebih faham kalau mengunakan bahan maujud.
              Oleh sebap itu, guru-guru perlu menguna kan idea kretif seperti mengunakan bahan terpakai untuk menjadikan bahan bantu mengajar. Dekat situ guru juga jimat dan tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak tetapi hanya mengunakan tenaga sahaja. Selain itu, guru juga boleh mengunakan kertas majung untuk jadikan ia sebagai papan putih untuk sementara waktu. Guru boleh melebihkan melakukan aktiviti luar agar kanak-kanak tidak rasa bosan hanya pelajar di dalam kelas.
            Ciri-ciri bahan yang diguna kana da lah pentung kerana mereka akan mengunakan hari-hari.Justeru itu, pihak Tadika dan Taska boleh meminta bantuan daripada pihak Kebajikan Masyarakat untuk peralatan yang tidak cukup. Sementara itu, guru-guru perlu menarik minat untuk kanak-kanak belajar seperti biasa agar mereka tidak akan rasa tergangu. Alatan yang sedia ada perlu lah dalam keadaan selamat dan baru agar semasa diguna kan tiada apa-apa kecederaan yang berlaku.
            Jika barang semua lengkap tanpa sebarang cacat celanya, guru senang untuk mengajar kanak-kanak di dalam kelas. Selain itu kanak-kanak tidak perlu lagi berkongsi barang dengan kawan-kawan nya. Masalah ini adalah masalah yang sangat rumit kerana melibatkan alatan dan latihan kanak-kanak.

2.4  Masalah makanan tidak seimbang

               Kanak-kanak perlu menerima makanan yang bermutu dan berkhasiat, ibu bapa perlu terlibat secara langsung dalam program pemakanan ini. Makanan yang tidak berkualiti menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Kelengkapan dan penyediaan makanan bercorak tradisional, continental dan barat serta makanan ringgan yang berkhasiat perlu disediakan. Kanak-kanak perlu didedah dengan kepelbagaian makanan yang disajikan.
               Ibu bapa perlu peka pada aspek penyedian di tadika. Makanan untuk kanak-kanak prasekolah merupakan makanan yang seimbang. Iaitu termasuk pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin dan serat. Daging dan telur yang kaya dengan protein. Roti, nasi, mee, atau bihun yang kaya dengan karbohidrat.
              Aspek pengurusan pemakanan berkait rapat dengan aspek kasihatan kanak-kanak. Walaupun kanak-kanak tidak menghabiskan masa yang lama di tadika, penggurus perlu mengambil berat berkenaan apa yang di hidang kan untuk kanak-kanak bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Pengusaha, ibu bapa ataupun mereka yang terlibat dan bertanggungjawab dalam penjagaan kanak-kanak perlu menyedari betapa pentingnya pengurusan pemakanan yang sistematik. Apa yang mereka makan memberi kesan yang berkekalan ke atas kesihatan, perkembangan mental, perkembangan fizikal dan pola pembesaran mereka.
          Cadangan saya guru mesti mengetahuai apa makanan yang kanak-kanak boleh makan dan sesuai. Hal ini penting kerana tumbesaran mereka mempengaruhi apa yang mereka makan. Sebelum membuka taska dan tadika pengurus ada ditugaskan untuk membuat menu makanan yang seimbang untuk kanak-kanak. Jadi pembantu perlu merujuk semula menu yang dibuat agar kanak-kanak dapat makanan yang seimbang. Jika tidak mampu untuk membuat makanan seimbang dalam masa lima hari waktu sekolah. Pembantu boleh meminta murid murid membawa makanan sendiri dari rumah. Lebih jimat wang pembelanjaan makanan di Taska dan Tadika.
2.5  Masalah bilangan murid terlalu ramai

            Bilangan murid yang terlalu ramai membuatkan sesetengah kanak-kanak tidak selesa katika belajar. Ini kerana, keluasan dan ruang kanak-kanak akan terlalu kecil di dalam kelas. Bila dalam satu kelas terlalu ramai guru susah untuk memfokuskan kanak-kanak mana yang bermasaalah. Selain itu , kanak-kanak kurang fokus ketika guru mengajar dan melakukan aktiviti.
            Jalan penyelesaian nya Taska dan Tadika perlu mengikuti Pusat Pendidikan awal kanak-kanak ditubuhkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua pusat pendidikan awal kanak-kanak mesti akur dengan segala pekeliling yang dikeluarkan dari maa ke semasa untuk menjamin kepatuhan dan keberkesanan perjalanan pendidikan prasekolah. Pusat pendidikan awal kanak-kanak mestilah mematuhi dengan akta pendidikan (1996) atau Akta 550 dan Akta 308. Selain daripada kedua Akta tersebut, perkara-perkara berikut perlu diakuri :
             Pemilihan kanak-kanak ialah :
1.      Kanak-kanak yang berumur di antara 4-6 tahun layak untuk belajar di pusat pendidikan awal kanak-kanak.
2.      Keutamaan pemilihan hendaklah diberikan kepada ibu bapa atau penjaganya yang pendapatan sebanyak RM400.00 ke bawah dan diikuti dengan pendapatan di antara RM401.00 hungga RM800.00 jika masih ada tempat. Kanak-kanak yang ibu bapanya berpendapatan sebanyak  RM1000.00 ke atas boleh juga diterima atas alasan tanggugjawab (anak ramai).
3.      Pemilihan kanak-kanak untuk ditempatkan di pusat pendidikan awal kanak-kanak ditentukan oleh jawatankuasa yang dianggotai oleh Guru Besar, penolong Kanan  dan guru prasekolah.
4.      Bilangan kanak-kanak di pusat pendidikan awal kanak-kanak antara      10- 25 orang.


2.6  Tahap keselamatan yang kurang memuaskan

               Keselamatan di premis tidak di ambil endah kerana guru-guru terlalu mementingkan pelajaran. Oleh kerana itu, ada kes-kes yang kanak-kanak terkene air panas di dapur, lemas di dalam tandas dan banyak lagi kes yang berlaku di taska dan tadika. Dengan kes-kes yang berlaku ini sesetengah pandangan ibu bapa memandang serong dengan penjagaan di taska. Aspek keselamatan lain :-
1.      Kawasan dapur adalah kawasan larangan untuk kanak-kanak. Penggunaan dapur memasak di dapur perlulah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa.
2.      Penjagaan kebersihan dan keselamatan terhadap perabot, perkesan dan Taska perlu diberi perhatian.
3.      Kawasan tempat makan perlu bersih dan selamat dari sebarang bahan atau racun yang merbahaya.
4.      Begitu juga tentang keselamatan di tempat tidur kanak-kanak, peralatan tidur dan persekitaran keselamatan di tempat tidur.
5.      Memastikan kanak-kanak hanya diserahkan kepada ibu bapa atau penjagan atau sesiapa yang diberi kuasa oleh ibu bapa ketika waktu menjemput kanak-kanak balik dari Taska.
6.      Menyimpan semua bahan pencuci dan bahan racun atau kimia di tempat yang selamat dan tidak boleh diambil oleh kanak-kanak.
7.      Menyediakan polisi insuran yang sesuai untuk melindungi kanak-kanak semasa berada di Taska.
8.      Kawasan persekitaran aktiviti di luar dan di dalam taska perlu bebas dari segala faktor yang boleh mendatang kemudaratan atau kecederaan kepada keseluruhan aspek perkembangan kanak-kanak.





2.7  Masalah yuran terlalu mahal

           Masalah yuran terlalu mahal ini berlaku kerana ada sebahagian ibu bapa yang kurang kemampuan untuk bayar yuran tersebut dan memiliki ahli keluarga yang ramai dalam persekolahan. Masalah ini boleh diselesaikan jika ada pihak yang bertanggungjawap dalam pengurusan Taska dan Tadika. Hal ini banyak berlaku di mana-mana taska dan tadika. Ini kerana kemudahan di yang diberikan amat memuaskan. Seperti :-
1.      Kemudahan yang disediakan termasuk alat permainan di luar bilik darjah dijaga, dibaiki jika rosak dan digunakan dengan rapi. Alat permainan luar yang rosak hendaklah dibaiki dengan segera.
2.      Keselamatan murid hendaklah diambil perhatian dengan serius.
3.      Kawasan dan tempat , alat permainan luar bilik darjah sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat.
4.      Menyediakan alat dan permainan yang perlu dan mencukupi seperti bahan pengajaran, bantal, apron, berus gigi dan ubat gigi.
5.      Menyusun atur bilik darjah seperti  yang dikenhendaki.
6.      Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan penjagan sebelum bermula sesi persekolahan.
7.      Kemudahan seperti tandas, perpustakaan, bilik seni dan sebagai nya cukup dan selesa.
           Dalam masalah ini, guru perlu membuat satu jalan penyelesaian seperti meminta ibu bapa beri slip gaji untuk membuat satu bancian. Tujuan membuat bancian ini untuk memudahkan guru mengetahui berapa ramai ibu bapa murid yang berkemampuan tinggi dan rendah. Selepas sudah membuat bancian, guru boleh mengenekan yuran yang menggikut kemampuan semua ibu bapa.
            Akhir sekali, ibu perlu lebih memikirkan pelajaran dan pembelajaran anak-anak kerana itu lebih penting untuk masa akan datang. Dengan harga yang dibayar biasa nya akan rasa memuaskan kerana apa yang diberi untuk          kanak-kanak adalah yang terbaik.
3.0  Kesimpulan

            Dalam setiap taska dan tadika akan mengalami masalah yang tidak di jangka seperti kekurangan pekerja, makanan tidak seimbang, peralatan tidak mencukupi dan sebagai nya. Ini kerana , pengurus yang tidak menitik beratkan keselamatan di dalam taska dan tadika. Pengurus yang betul-betul menjayakan taska dan tadika mereka lebih berkominten untuk membuat pengurusan yang terbaik. Selain itu, pengurusan yang baik boleh menarik minat ibu bapa dan kanak-kanak untuk belajar di tempat tersebut. Dengan kemudahan yang lengkap dari segi keselamatan dan keselesaan boleh lebih yakin kan ibu bapa untuk tinggalkan anak-anak mereka di taska dan tadika.
             Setiap masalah yang berlaku mesti ada jalan penyelesaiannya tidak kira walaupun melibatkan pihak atasan. Oleh kerana itu, pengusaha ataupun guru-guru perlu berkerjasama untuk menyelesaikan masalah dengan mengadakan mesyuarat dengan semua pihak. Dengan cara ini masalah akan mudah untuk di selesaikan dan boleh menggeratkan siraturahim mereka. Segala urusan di taska dan tadika adalah sangat rumit ini kerana pihak tertentu sahaja yang boleh ambil tindakan yang sepatutnya.
               Akhir sekali, pengurusan taska dan tadika perlu lah megikut syarat-syarat yang di tetapkan seperti membeli buku panduan di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pergi ke kursus yang telah ditetapkan. Selain itu, mereka yang berkemampuan untuk membuka taska dan tadika sendiri perlulah ada banyak pengalaman dari bidang pendidikan Awal kanak-kanak dan tahu tentang cara-cara nak tubuhkan taska dan tadika tersebut.