1.0
Pengenalan
Tingkah
laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu.
Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan
dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal
sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker
(2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara
sedar atau separa sedar.
Manakala, menurut Garry Martin dan
Joseph Pear (2003), tingkah laku juga
merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari
segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan
aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa
sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999),
menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri
sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang
positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.
Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai
tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak normal adalah
berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah
psikologi.
Tugasan individu ini lebih kepada
pemerhatian terhadap kanak-kanak yang berumur dalam tiga hingga enam tahun. Tugasan ini juga lebih kepada
tingkahlaku bermasalah kanak-kanak
dan cara penyelesaian untuk tingahlaku yang egative. Oleh itu,saya sebagai
seorang pemerhati perlu teliti melihat tingkahlaku kanak-kanak tersebut.
Selain itu ,dengan tugasan ini kita dapat
lebih megenal sikap dan kelakuan kanak-kanak tersebut contohnya kanak-kanak
lebih suka bermain berseorangan daripada berkumpulan. Kanak-kanak ini juga
sukar untuk berkongsi sesuatu barang kepada orang lain. Dengan adanya
kanak-kanak sebegini kita sebagai orang disekeliling mereka perlu mengajar cara
berkongsi bersama dengan orang lain.
2.0 Folio diri kanak-kanak
NAMA :
|
MOHD HAFIZZUL IMAN
BIN HAFIZULLAH
|
UMUR :
|
3 TAHUN 3 BULAN
|
TARIKH LAHIR :
|
15 MAC 2012
|
TEMPAT LAHIR :
|
HOSPITAL SULTANAH AMINAH ,JOHOR BAHRU
|
NAMA AYAH :
|
HAFIZULLAH BIN SAPON
|
NAMA IBU :
|
NURULHATIMAH BTE MOHD
FANDI
|
CITA-CITA :
|
PENIAGAAN BERJAYA
|
HOBI :
|
BERMAIN PERMAINAN
JENTERA BERAT
|
MAKANAN
KEGEMARAN :
|
NASI AYAM
|
MINUMAN
KEGEMARAN :
|
AIR JUS TEMBIKAI
|
3.0 Jenis-jenis tingkah laku positif
3.1 Berperasaan ingin tahu
Hafizul
ialah seorang kanak-kanak yang berperasaan ingin tahu tentang apa yang ada di
sekeliling nya. Ia juga akan ingin melakukan sesuatu perkara yang dia rasa
senang atau mudah di lihat tetapi susah untuk dilakukan pada usia dia sekarang.
Selain itu , Hafizul juga lebih suka meneroka tentang permainan yang melibat
kan pasir , tanah dan air.
Pendapat saya:
Perasaan
ingin tahu pada Hafizul itu bagus tetapi ibu bapa mereka perlulah banyak
meluangkan masa bersama untuk bermain atau pun melakukan pekerjaan yang mudah
Hafizul lakukan. Selain itu, Hafizul juga boleh di belikan alat permainnan
seperti bajak, lori , dan sebagai nya. Ini kerana Hafizul lebih mudah untuk
melakukan penerokaan . jika lebih masa ibu
bapa nya juga boleh membawa Hafizul ke tasik atau pantai supaya hafizul lebih
mencurahkan kreativiti mengunakan pasir sahaja.
3.2Tidak menggangu orang lain
Selain
itu, Hafizul ialah seorang kanak-kanak yang tidak menggangu orang lain punya
barang atau pun kerja dimana-mana. Ia juga lebih suka melihat daripada memegang
barang yang dia tidak tahu apa fungsi nya.
Pendapat saya:
Hafizul
juga budak yang mudah di bawa kemana-mana kerana ia tidak banyak kerenah jika nampak
barang yang dia tidak pernah lihat atau pun jumpa.
3.3 Mudah bergaul dengan orang lain
Oleh
demikian .sikap mudah bergaul ini juga
di kategerikan sebagai tingkah laku positif. Kerana Hafizul mudah berkawan dan
megenali di antara satu sama lain. Kanak-kanak ini juga mudah untuk berkongsi
mainan mahu pun alatan yang berada di tangan dia.
Pendapat saya:
Mudah
bergaul juga adalah sifat positif yang perlu ada di dalam diri semua
kanak-kanak kerana kanak-kanak tidak akan rasa diri nya bersendirian
dimana-mana. Kanak-kanak seperti ini selalu nya mempuyai pengalaman yang susah
untuk mengahirkan sesuatu pertemuan
3.4 Menolong orang
Menolong
orang lain ialah sifat positif yang ada di dalam diri Hafizul. Seperti contoh Hafizul
sering menolong ibu nya di dapur untuk membasuh pinggan , cawan ,dan menolong
diluar rumah untuk siram pokok bunga.
Hafizul juga akank menolong ayah nya membaiki lampu , kipas atau pun barang
yang rosak. Semasa Hafizul menolong ibu bapa nya akan menyediakan alatan atau
barang yang tidak bahaya sebagai contoh ada di gambar lampiran.
Pendapat saya:
Perlakuan
Hafizul itu perlu di teruskan ini kerana perkembangan Hafizul akan sentiasa
berkembang dan mudah belajar dari perkara yang dilakukan dan apa yang dia
tolong kedua ibu bapa nya.
4.0 Tingkah laku negatif
4.1.Kebimbangan
Hafizul akan mudah berperasaan kurang senang atau
takut terutama nya jika dia tidak biasa dengan sesuatu keadaan yang di anggap
baru dalam kehidupan mereka. Keadaan ini mengakibatkan daripada pengalaman
emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh Hafizul. Seperti contoh ibu
nya pergi ke rumah kawan ibu nya lalu ibu nya tinggal nya untuk pergi ke tandas
dan secara tidak langsung Hafizul rasa diri nya keseorangan tanpa orang yang
dikenali di sekelilingnya .
4.2 Agresif
Walaubagaimana pun, Hafizul juga seorang yang
berkelakuan agresif yang melibatkan pengaruh emosi yang sedang dialami. Sebagai
contoh, jika Hafizul mahukan sesuatu tetapi ibu bapa nya tidak beri dia akan
memberontak tak kira dimana juga dia berada seperti tempat orang ramai atau pun
tidak ada orang. Oleh sebap itu, ibu bapa jangan terlalu ikut kan apa yang dia
minta. Jika tidak mahu belikan cakap baik-baik atau pun tarik minat kanak-kanak kepada barang yang lebih
manfaat
4.3 Tingkah laku
kemurungan
Masalah kemurungan ini juga boleh berlaku bila-bila
masa seperti kanak-kanak tidak selesa dengan keadaan sekeliling,tidak boleh
terima teguran ataupun tidak dapat apa yang dia mahukan. Kemungkinan
kanak-kanak memerlukan kasih sayang dari ibu bapa dan orang sekeliling. Ibu
bapa juga perlu meluangkan masa bersama-sama ini kerana boleh mengelakan
kemurungan pada diri kanak-kanak.
5.0 Cadangan
penyelesaian masalah
1.
Tingkah laku kebimbangan :
Sebagai seorang ibu
bapa ia tidak sepatunya meninggalkan Hafizul sebegitu ini kerana emosi
kanak-kank tersebut boleh terganggu.dengan persekitaran yang dia tidak selesa.
Selain itu,ibu bapa perlu salah seorang yang teman Hafizul jika inggin pergi ke
tempat sebegitu supaya ada keberanian terhadap diri Hafizul
2.
Agresif :
Bagi cadangan
saya kanak-kanak seperti ini perlu di beri perhatian dan kasih sayang yang
secukup nya. Selain itu, kanak-kanak tersebut perlu di beri didikan yang
sewajarnyna
3.
Tingkah laku kemurungan :
Kanak-kanak seperti ini
lebih suka pergi ke tempat-tempat menarik seperti contoh taman bunga, zoo,
taman ramai-ramai dan sebagai nya. Hal ini kerana,mereka tidak boleh dalam
keadaan sunyi atau pun dimarahi oleh sesiapa saja.
6.0 Kesimpulan
Kesimpulan nya dalam tugasan ini banyak
melibatkan kanak-kanak yang di pilih.tugasan ini juga dapat memberi pengalaman baru
terhadap diri saya. Tugasan individu ini lebih kepada
pemerhatian terhadap kanak-kanak yang berumur dalam tiga hingga enam tahun. Tugasan ini juga lebih kepada
tingkahlaku bermasalah kanak-kanak dan cara penyelesaian untuk tingahlaku yang
negatif. Oleh itu,saya sebagai seorang pemerhati perlu teliti melihat
tingkahlaku kanak-kanak tersebut.
Selain itu ,dengan tugasan ini
kita dapat lebih megenal sikap dan kelakuan
kanak-kanak tersebut contohnya kanak-kanak
lebih suka bermain berseorangan daripada berkumpulan. Kanak-kanak ini juga
sukar untuk berkongsi sesuatu barang kepada orang lain. Dengan adanya
kanak-kanak sebegini kita sebagai orang disekeliling mereka perlu mengajar cara
berkongsi bersama dengan orang lain.
Akhir sekali, dengan ada nya tugsan
ini saya dapat lebih mengetahui cara dan tingkah laku apa yang kanak-kanak
tunjukkan. Ini juga ,saya dapat menyelesaikan masalah jika perkara di atas
berlaku pada diri saya atau di sekeliling saya.
7.0 Rujukan
1. Nur
Bazlaa (2012) tingkahlaku_bermasalah http://www.academia.edu.
Diperoleh
pada 16 mei 2012.
2. Fanera
Jeffery (2013) konsep-dan-prinsip http://www.slideshare.net.
Diperoleh pada 21 julai 2013.
Diperoleh
pada 5 januari 2013.
Diperoleh
pada 2 Julai 2013.