Ahad, 7 Februari 2016

contoh tingkahlaku kanak-kanak

1.0  Pengenalan
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
            Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003),  tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi.
             Tugasan individu ini lebih kepada pemerhatian terhadap kanak-kanak yang berumur dalam tiga hingga enam  tahun. Tugasan ini juga lebih kepada tingkahlaku bermasalah        kanak-kanak dan cara penyelesaian untuk tingahlaku yang egative. Oleh itu,saya sebagai seorang pemerhati perlu teliti melihat tingkahlaku kanak-kanak tersebut.
               Selain itu ,dengan tugasan ini kita dapat lebih megenal sikap dan kelakuan kanak-kanak tersebut contohnya kanak-kanak lebih suka bermain berseorangan daripada berkumpulan. Kanak-kanak ini juga sukar untuk berkongsi sesuatu barang kepada orang lain. Dengan adanya kanak-kanak sebegini kita sebagai orang disekeliling mereka perlu mengajar cara berkongsi bersama dengan orang lain.


2.0 Folio diri kanak-kanak
                                                         


NAMA                                               :
MOHD HAFIZZUL IMAN BIN HAFIZULLAH
UMUR                                                :
3 TAHUN 3 BULAN
TARIKH LAHIR                                 :
15 MAC 2012
TEMPAT LAHIR                               :
HOSPITAL  SULTANAH AMINAH ,JOHOR BAHRU
NAMA AYAH                                    :
HAFIZULLAH BIN SAPON
NAMA IBU                                       :
NURULHATIMAH BTE MOHD FANDI
CITA-CITA                                         :
PENIAGAAN BERJAYA
HOBI                                                 :
BERMAIN PERMAINAN JENTERA BERAT
MAKANAN KEGEMARAN             :
NASI AYAM
MINUMAN KEGEMARAN              :
AIR JUS TEMBIKAI

3.0  Jenis-jenis tingkah laku positif

3.1 Berperasaan ingin tahu
Hafizul ialah seorang kanak-kanak yang berperasaan ingin tahu tentang apa yang ada di sekeliling nya. Ia juga  akan ingin  melakukan sesuatu perkara yang dia rasa senang atau mudah di lihat tetapi susah untuk dilakukan pada usia dia sekarang. Selain itu , Hafizul juga lebih suka meneroka tentang permainan yang melibat kan pasir , tanah dan air.
Pendapat saya:
Perasaan ingin tahu pada Hafizul itu bagus tetapi ibu bapa mereka perlulah banyak meluangkan masa bersama untuk bermain atau pun melakukan pekerjaan yang mudah Hafizul lakukan. Selain itu, Hafizul juga boleh di belikan alat permainnan seperti bajak, lori , dan sebagai nya. Ini kerana Hafizul lebih mudah untuk melakukan penerokaan .  jika lebih masa ibu bapa nya juga boleh membawa Hafizul ke tasik atau pantai supaya hafizul lebih mencurahkan kreativiti mengunakan pasir sahaja.

3.2Tidak menggangu orang lain
Selain itu, Hafizul ialah seorang kanak-kanak yang tidak menggangu orang lain punya barang atau pun kerja dimana-mana. Ia juga lebih suka melihat daripada memegang barang yang dia tidak tahu apa fungsi nya.
Pendapat saya:
Hafizul juga budak yang mudah di bawa kemana-mana kerana ia tidak banyak kerenah jika nampak barang yang dia tidak pernah lihat atau pun jumpa.

3.3 Mudah bergaul dengan orang lain
Oleh demikian .sikap  mudah bergaul ini juga di kategerikan sebagai tingkah laku positif. Kerana Hafizul mudah berkawan dan megenali di antara satu sama lain. Kanak-kanak ini juga mudah untuk berkongsi mainan mahu pun alatan yang berada di tangan dia.
Pendapat saya:
Mudah bergaul juga adalah sifat positif yang perlu ada di dalam diri semua kanak-kanak kerana kanak-kanak tidak akan rasa diri nya bersendirian dimana-mana. Kanak-kanak seperti ini selalu nya mempuyai pengalaman yang susah untuk mengahirkan sesuatu pertemuan
3.4 Menolong orang
Menolong orang lain ialah sifat positif yang ada di dalam diri Hafizul. Seperti contoh Hafizul sering menolong ibu nya di dapur untuk membasuh pinggan , cawan ,dan menolong diluar  rumah untuk siram pokok bunga. Hafizul juga akank menolong ayah nya membaiki lampu , kipas atau pun barang yang rosak. Semasa Hafizul menolong ibu bapa nya akan menyediakan alatan atau barang yang tidak bahaya sebagai contoh ada di gambar lampiran.
Pendapat saya:
Perlakuan Hafizul itu perlu di teruskan ini kerana perkembangan Hafizul akan sentiasa berkembang dan mudah belajar dari perkara yang dilakukan dan apa yang dia tolong kedua ibu bapa nya.


4.0  Tingkah laku  negatif

4.1.Kebimbangan

Hafizul akan mudah berperasaan kurang senang atau takut terutama nya jika dia tidak biasa dengan sesuatu keadaan yang di anggap baru dalam kehidupan mereka. Keadaan ini mengakibatkan daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh Hafizul. Seperti contoh ibu nya pergi ke rumah kawan ibu nya lalu ibu nya tinggal nya untuk pergi ke tandas dan secara tidak langsung Hafizul rasa diri nya keseorangan tanpa orang yang dikenali di sekelilingnya .


 4.2 Agresif

Walaubagaimana pun, Hafizul juga seorang yang berkelakuan agresif yang melibatkan pengaruh emosi yang sedang dialami. Sebagai contoh, jika Hafizul mahukan sesuatu tetapi ibu bapa nya tidak beri dia akan memberontak tak kira dimana juga dia berada seperti tempat orang ramai atau pun tidak ada orang. Oleh sebap itu, ibu bapa jangan terlalu ikut kan apa yang dia minta. Jika tidak mahu belikan cakap baik-baik atau pun tarik  minat kanak-kanak kepada barang yang lebih manfaat


4.3 Tingkah laku kemurungan

Masalah kemurungan ini juga boleh berlaku bila-bila masa seperti kanak-kanak tidak selesa dengan keadaan sekeliling,tidak boleh terima teguran ataupun tidak dapat apa yang dia mahukan. Kemungkinan kanak-kanak memerlukan kasih sayang dari ibu bapa dan orang sekeliling. Ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama-sama ini kerana boleh mengelakan kemurungan pada diri kanak-kanak.


5.0  Cadangan penyelesaian masalah

1.      Tingkah laku kebimbangan :
Sebagai seorang ibu bapa ia tidak sepatunya meninggalkan Hafizul sebegitu ini kerana emosi kanak-kank tersebut boleh terganggu.dengan persekitaran yang dia tidak selesa. Selain itu,ibu bapa perlu salah seorang yang teman Hafizul jika inggin pergi ke tempat sebegitu supaya ada keberanian terhadap diri Hafizul

2.      Agresif :
 Bagi cadangan saya kanak-kanak seperti ini perlu di beri perhatian dan kasih sayang yang secukup nya. Selain itu, kanak-kanak tersebut perlu di beri didikan yang sewajarnyna

3.      Tingkah laku kemurungan :
Kanak-kanak seperti ini lebih suka pergi ke tempat-tempat menarik seperti contoh taman bunga, zoo, taman ramai-ramai dan sebagai nya. Hal ini kerana,mereka tidak boleh dalam keadaan sunyi atau pun dimarahi oleh sesiapa saja.

6.0  Kesimpulan


             Kesimpulan nya dalam tugasan ini banyak melibatkan kanak-kanak yang di pilih.tugasan  ini juga dapat memberi pengalaman baru terhadap diri saya. Tugasan individu ini lebih kepada pemerhatian terhadap kanak-kanak yang berumur dalam tiga hingga enam  tahun. Tugasan ini juga lebih kepada tingkahlaku bermasalah kanak-kanak dan cara penyelesaian untuk tingahlaku yang negatif. Oleh itu,saya sebagai seorang pemerhati perlu teliti melihat tingkahlaku kanak-kanak tersebut.


           Selain itu ,dengan tugasan ini kita dapat lebih megenal sikap dan kelakuan
 kanak-kanak tersebut contohnya kanak-kanak lebih suka bermain berseorangan daripada berkumpulan. Kanak-kanak ini juga sukar untuk berkongsi sesuatu barang kepada orang lain. Dengan adanya kanak-kanak sebegini kita sebagai orang disekeliling mereka perlu mengajar cara berkongsi bersama dengan orang lain.

           Akhir sekali, dengan ada nya tugsan ini saya dapat lebih mengetahui cara dan tingkah laku apa yang kanak-kanak tunjukkan. Ini juga ,saya dapat menyelesaikan masalah jika perkara di atas berlaku pada diri saya atau di sekeliling saya.


7.0  Rujukan


1.      Nur Bazlaa (2012) tingkahlaku_bermasalah  http://www.academia.edu.
Diperoleh pada 16 mei 2012.
2.      Fanera Jeffery (2013) konsep-dan-prinsip  http://www.slideshare.net.
 Diperoleh pada 21 julai 2013.
3.      Fatimah (2013) prasekolahmpks http://misskhan0.tripod.com.
Diperoleh pada 5 januari 2013.
4.      Kellytan (2013) Definisi-tingkah-laku.html http://kellytan940302.blogspot.com .
Diperoleh pada 2 Julai 2013.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan